Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

BAGAIMANA PERANTI INTRAUTERIN (IUD) MEMBANTU MENGURANGKAN PENDARAHAN HAID BERLEBIHAN

Posted on: Oktober 26, 2023

Alat Mencegah Kehamilan (IUCD) untuk Mengurangkan Pendarahan Haid

 

Pendarahan haid yang berlebihan atau menorrhagia merujuk kepada pendarahan yang  sangat banyak semasa haid.1 Tempoh kitaran haid adalah antara 24 hingga 38 hari, dikira  dari hari pertama datang haid sehingga hari pertama haid pada kitaran seterusnya. Secara puratanya, wanita mengalami haid setiap 28 hari.2 

Biasanya, ketika haid, wanita mungkin perlu menukar tuala wanita setiap 4 hingga 8 jam (untuk menampung lebih kurang 35 hingga 40 mililiter darah) dalam tempoh 4 hingga 8 hari.3 Namun, ada individu yang kehilangan darah lebih banyak dari itu semasa haid. 

Jika haid anda berterusan hingga lebih daripada 7-8 hari, atau anda perlu menukar tuala  wanita setiap 2 jam atau kurang (kehilangan kira-kira 80 mililiter darah) semasa haid, anda  mungkin mengalami menorrhagia.

Pendarahan Haid Yang Berlebihan: Kesan, Diagnosis, dan Rawatan 

Pendarahan haid yang berlebihan boleh memberi kesan serius kepada wanita. Ia boleh  menyebabkan anemia, badan terasa penat, lemah, dan tidak mampu menjalankan aktiviti harian. Jika dibiarkan tanpa diagnosis dan rawatan, kesannya akan menjadi lebih teruk di mana badan akan sentiasa berasa lesu tanpa mengetahui puncanya.

Langkah pertama dalam menangani menorrhagia adalah dengan menjalani proses  diagnosis. Diagnosis boleh dilakukan melalui ujian darah, ultrabunyi pelvik, biopsi, dan/atau histeroskopi.6 Selain itu, mengesan kitaran haid dan jumlah aliran haid (seperti mencatat bilangan tuala wanita yang digunakan) juga memberikan maklumat penting kepada pakar ginekologi mengenai kitaran anda. 

Rawatan untuk menorrhagia merangkumi penggunaan ubat-ubatan, dan dalam kes yang  lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUD) yang mengandungi hormon juga boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan haid yang berlebihan.

Pasang IUD untuk Kurangkan Pendarahan Haid Yang Berlebihan 

IUD merupakan satu alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim. Di  samping itu, IUD jenis hormon akan melepaskan hormon progestin secara perlahan ke  dalam rahim. Tindakan ini membantu menghalang pertumbuhan lapisan rahim. Menstruasi  berlaku apabila lapisan rahim gugur dan lapisan rahim yang lebih nipis akan menghasilkan aliran haid yang lebih ringan.7 

Setelah menggunakan IUD jenis hormon, kebanyakan wanita akan mengalami pengurangan kehilangan darah selepas 3 hingga 6 bulan penggunaan. Di Malaysia, IUD jenis hormon ini mampu mengurangkan pendarahan haid sehingga 5 tahun.8 

Dua Manfaat IUD dalam Menangani Pendarahan Haid Yang Berlebihan 

Memandangkan IUD merupakan salah satu alat untuk mencegah kehamilan, ianya  memberikan dua manfaat berbeza iaitu mengurangkan pendarahan berlebihan dan  mencegah kehamilan yang tidak diingini.9 Peranti berbentuk T ini menghalang sperma  daripada mencapai dan bersenyawa dengan telur. Selain itu, IUD boleh dikeluarkan semula  apabila anda ingin hamil.10 

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa jika anda sedang berusaha untuk  hamil, IUD bukanlah pilihan yang sesuai untuk mengatasi pendarahan haid berlebihan. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda mendapatkan pandangan daripada pakar ginekologi tentang pilihan rawatan yang lebih sesuai. 

Rujuk Pakar Kesihatan Sebelum Menggunakan IUD untuk Tubuh Anda 

Sebelum memilih untuk memasang IUD di Malaysia, pastikan anda berunding dengan pakar kesihatan terlebih dahulu. Ini kerana pakar ginekologi akan menjalankan ujian dan imbasan yang diperlukan untuk mendiagnos keadaan anda sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai dengan keperluan anda. 

Selain itu, perlu diingat bahawa pendarahan haid yang berlebihan juga boleh menjadi  petanda suatu penyakit lain. Jadi, mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan tidak  hanya membantu dalam menangani menorrhagia, tetapi juga masalah kesihatan lain yang  mungkin ada.

Jangan lupa untuk layari blog Howuknow bagi mendapatkan maklumat yang anda perlukan mengenai kaedah-kaedah kontrasepsi dan perancangan keluarga.
 

Rujukan
  1. Mayo Clinic. Menorrhagia (heavy menstrual bleeding) - Symptoms and causes. Available at:  https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/symptoms-causes/syc-20352829. Accessed on: 21 August 2023. 
  2. Cleveland Clinic. Menstrual Cycle (Normal Menstruation) Overview & Phases. Available at: https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10132-menstrual-cycle. Accessed on: 21  August 2023.  
  3. UpToDate. Patient education_ Heavy or prolonged menstrual bleeding (menorrhagia)  (Beyond the Basics). Available at: https://www.uptodate.com/contents/heavy-or-prolonged-menstrual-bleeding-menorrhagia-beyond-the-basics/print#:~:text=Most%20menstrual%20cycles%20(periods)%20occur,over%20four%20to%20eight%20days. Accessed on: 21 August 2023. 
  4. Better Health Channel. Heavy periods. Available at: https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/heavy-periods. Accessed on: 21 August 2023. 
  5. CDC. Heavy Menstrual Bleeding. Available at: https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html#:~:text=Untreated%20heavy%20or%20prolonged%20bleeding%20can%20stop%20you%20from%20living%20your%20life%20to%20the%20fullest.%20It%20also%20can%20cause%20anemia.%20Anemia%20is%20a%20common%20blood%20problem%20that%20can%20leave%20you%20feeling%20tired%20or%20weak.%20If%20you%20have%20a%20bleeding%20problem%2C%20it%20could%20lead%20to%20other%20health%20problems. Accessed on: 21 August 2023. 
  6. Mayo Clinic. Menorrhagia (heavy menstrual bleeding) - Diagnosis and treatment. Available  at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/diagnosis-treatment/drc-20352834. Accessed on: 21 August 2023.  
  7. Mayo Clinic. Medications - Hormonal IUD (Liletta, Mirena). Menorrhagia (heavy menstrual  bleeding) - Diagnosis and treatment. Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/diagnosis-treatment/drc-20352834#:~:text=Hormonal%20IUD%20(Liletta%2C%20Mirena).%20This%20intrauterine%20device%20releases%20a%20type%20of%20progestin%20called%20levonorgestrel%2C%20which%20makes%20the%20uterine%20lining%20thin%20and%20decreases%20menstrual%20blood%20flow%20and%20cramping. Accessed on: 21 August 2023.
  8. Bayer. Mirena® (levonorgestrel-releasing intrauterine system) 52mg. Available at: https://www.mirena-us.com/heavy-periods/treating-heavy-periods#:~:text=INDICATIONS%20FOR%20MIRENA,women%20who%20choose%20intrauterine%20contraception. Accessed on: 21 August 2023. 
  9. Ideal Gynecology, LLC. How an IUD Works for Heavy Bleeding and Pregnancy Prevention.  Available at: https://www.idealgynecology.com/blog/how-an-iud-works-for-heavy-bleeding-and-pregnancy-prevention. Accessed on: 21 August 2023. 
  10. NHS. Intrauterine device (IUD). Available at: https://www.nhs.uk/conditions/contraception/iud-coil/#:~:text=It%20can%20be%20taken%20out%20at%20any%20time%20by%20a%20specially%20trained%20doctor%20or%20nurse.%20It%27s%20then%20possible%20to%20get%20pregnant%20straight%20away. Accessed on: 21 August 2023.