Bolehkah saya menggunakan IUS jika saya belum pernah punya anak?
Sudah tentu anda boleh. Anda tidak perlu mendapatkan Sistem Intrauterin (IUS) jika anda cuba hamil, jika tidak, ia adalah satu bentuk kontrasepsi yang sesuai untuk sesiapa sahaja mempertimbangkan penggunaannya.
Adakah pengambilan pil akan menyebabkan berat badan saya naik?
Pengambilan pil tidak mempunyai kesan jangka panjang yang ketara kepada berat badan. Ada sebilangan wanita yang mengalami perubahan kecil berat badan selepas mereka mula mengambil pil, tetapi kesan ini tidak dibuktikan dalam kajian klinikal yang melihat kesan jangka panjang berat badan. Jika anda risau, berbincanglah dengan penyedia khidmat kesihatan anda tentang pilihan-pilihan yang ada.
Adakah saya perlu menggunakan kontrasepsi jika saya menyusukan anak?
Penyusuan dapat menghalang kehamilan sehingga enam bulan sekiranya haid belum bermula kembali dan bayi hanya minum susu badan secara kerap siang dan malam. Ini tidaklah menjadikan kehamilan sesuatu yang mustahil dan jika salah satu kriteria tersebut tidak dipenuhi, anda boleh mengalami kehamilan semula.
Adakah pengambilan pil untuk tempoh yang panjang akan memberi kesan kepada kesuburan saya dikemudian hari?
Anda sebenarnya boleh mengalami kehamilan sebaik sahaja anda berhenti mengambil pil tersebut jadi tidak, pengambilan pil untuk jangka masa panjang tidak memberi kesan kepada kesuburan anda.
Bolehkah saya hamil sekiranya saya sedang haid?
Pendapat pakar mengatakan ya, anda boleh mengalami kehamilan ketika dalam haid. Secara fakta haid berlaku dalam beberapa peringkat dan sperma boleh bertahan didalam rahim seorang wanita sehingga enam hari dan juga bermakna anda perlu sentiasa melindungi diri anda sekiranya anda tidak ingin mengalami kehamilan.
Bolehkah IUS bergerak didalam badan saya dan menimbulkan masalah?
Sistem Intrauterin (IUS) ialah satu kaedah berkesan yang dimasukkan oleh penyedia khidmat kesihatan yang mahir dan ia tetap ditempatnya sehingga 3 atau 5 tahun. Risiko penembusan rahim sangat jarang berlaku (i.e <1/1000).
Bolehkah saya mengalami kehamilan sekiranya saya tidak mencapai orgasma?
Keseronokan seks tidak berkaitan dengan sains seks sama sekali. Jika anda melakukan hubungan seks tanpa kontrasepsi anda boleh hamil, sama ada anda menikmatinya atau tidak.
Adakah pengambilan kontraseptif hormon boleh menyebabkan saya tidak subur?
Kontrasepsi hormon tidak menyebabkan kemandulan. Tubuh anda mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali ke keadaan di mana anda boleh hamil semula tetapi ini hanya sementara. Kesuburan kembali kepada wanita yang sihat ke tahap sebelumnya tidak kira berapa lama anda telah mengambil kaedah kontraseptif hormon.
Bolehkah saya guna semula kondom?
Tidak, kondom bukan cawan kopi yang boleh anda bilas dan gunakan semula. Ia mungkin kelihatan ok, tetapi ia diperbuat daripada bahan yang sangat nipis yang merosot apabila digunakan dan boleh terbelah jika digunakan lebih daripada sekali. Juga spermisid di dalam yang membantu menghentikan sperma akan hilang, jadi gunakan yang baru setiap kali.
Adakah kontrasepsi kecemasan 100% berkesan?
Tiada kontraseptif 100% berkesan. Ia paling berkesan apabila diambil secepat mungkin selepas hubungan seks tanpa perlindungan, sebaik-baiknya sehingga 12 jam selepas itu, jika diambil lebih daripada 24 jam kemudian, ia sudah kurang berkesan. Semakin anda bersedia sebelum hubungan seks, semakin kecil kemungkinan anda memerlukan kontrasepsi kecemasan sama sekali.
Adakah saya perlu memberi rehat kepada badan saya daripada mengambil pil perancang?
Dari sudut pandangan perubatan, sama sekali tidak ada sebab untuk mengambil rehat pil jika anda dapat bertahan dengan baik. Satu-satunya sebab untuk berehat daripada mengambil pil adalah kerana anda ingin hamil. Selain itu, anda boleh kekal menggunakan kaedah kontrasepsi pilihan anda selama yang anda mahu.