Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

APA ITU KONTRASEPTIF KECEMASAN?

Posted on: Februari 21, 2023

Alat kontraseptif kecemasan digunakan untuk mencegah kehamilan.

Alat kontraseptif kecemasan digunakan untuk mencegah kehamilan.

Tetapi tidak seperti kebanyakan kaedah pencegah ​kehamilan​, ​kontraseptif kecemasan​ hanya digunakan selepas anda terlibat dalam hubungan intim tanpa menggunakan perlindungan.​1

Jenis-jenis kontraseptif kecemasan

Sekiranya anda perlu mendapatkan alat kontraseptif kecemasan, anda mempunyai dua pilihan: pil kontraseptif kecemasan (atau ‘morning after pill’) dan peranti intrauterine kecemasan (IUD).2

Pil kontraseptif kecemasan mengandungi sama ada Levonorgestrel atau Ulipristal. Kedua-dua ubat hormon mencegah berlakunya kehamilan selepas hubungan seks.3​

Sementara itu, peranti intrauterin kecemasan (IUD) adalah alat berbentuk ‘T’ yang dimasukkan ke dalam rahim selepas seks tanpa perlindungan. Ia mengandungi benang atau silinder tembaga yang mengeluarkan ion tembaga.

Apa Itu Kontraseptif Kecemasan?

Bagaimana kontraseptif kecemasan berfungsi?

Pil kontraseptif kecemasan m​ encegah ovulasi, menyekat sperma daripada memasuki rahim, dan menyekat proses persenyawaan.

Ia akan ​menyebabkan lendiran atau mukus dalam serviks menjadi lebih tebal. Disebabkan ini, pergerakan sperma akan disekat dan akan menghalang persenyawaan daripada berlaku.Jika ovum tidak disenyawakan, lapisan rahim dan tisu ovum akan luruh semasa kitaran haid. Sebilangan pil kontraseptif kecemasan pula akan menghalang atau melambatkan ovulasi (iaitu pembebasan tisu ovum dari ovari). Jika ovulasi dicegah, kehamilan tidak akan berlaku.4

Selain itu, ion tembaga dari IUD kecemasan pula akan melumpuhkan sperma dan menghalang sperma daripada bergerak ke arah serviks. Namun begitu, jika sperma berjaya masuk ke serviks, ion tembaga akan menghalang ovum daripada melekat ke dinding rahim.5​

Alt tag

Apakah beza antara pil perancang dan pil kontraseptif kecemasan?

Pil perancang biasah​ arus diambil setiap hari untuk mencegah kehamilan ​dan mengawal tahap hormon badan.

Ia lebih berkesan daripada pil kontraseptif kecemasan dan biasanya lebih murah. Walau bagaimanapun, pil perancang biasa tidak akan mencegah kehamilan jika diambil ​selepas hubungan intim tanpa perlindungan.6​

Sebaliknya, pil kontraseptif kecemasan adalah penyelesaian kecemasan untuk mencegah kehamilan yang tidak dirancang.

Ia digunakan apabila sesebuah pasangan mengambil bahagian dalam hubungan seks tanpa perlindungan atau apabila kaedah kawalan utama mereka tidak berkesan.​7

Contoh apabila sesuatu kawalan kelahiran tidak berkesan/berfungsi termasuk apabila:

  • kondom tercabut atau koyak semasa hubungan seks
  • diafragma terkeluar dari tempat asalnya atau terkoyak
  • tampalan kawalan kelahiran tidak melekat pada kulit dengan betul

Sekiranya anda atau pasangan anda tersedar apabila kaedah kawalan kelahiran anda telah gagal, anda perlu mengambil kontraseptif kecemasan secepat mungkin.

Alt tag

Bilakah anda sepatutnya guna kontraseptif kecemasan selepas seks tanpa perlindungan?

Seawal mungkin. Lebih cepat anda menggunakan kontraseptif kecemasan, lebih baik.

Tetapi jika anda menerima pil kontraseptif yang mengandungi Levonorgestrel, pil tersebut harus diambil dalam masa 72 jam (atau 3 hari) setelah anda terlibat dalam hubungan seks tanpa perlindungan.

Pil dengan ubat hormon Ulipristal boleh diambil dalam masa 120 jam (atau 5 hari) selepas anda terlibat dalam hubungan seks tanpa perlindungan.

Sekiranya anda lebih selesa menggunakan IUD kecemasan, hubungi doktor secepat mungkin untuk membuat temu janji. IUD kecemasan perlu dimasukkan ke dalam rahim selewat-lewatnya 5 hari selepas bersenggama tanpa perlindungan.​8

Jika anda tidak dapat membuat temu janji tersebut dalam tempoh masa yang wajib, pil kontraseptif kecemasan adalah alternatif terbaik anda.

Alt tag

Bolehkah saya guna pil kontraseptif kecemasan sebagai kaedah perancang kehamilan jangka masa panjang?

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan sebagai kaedah perancangan kehamilan jangka masa panjang adalah tidak digalakkan.

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan yang kerap boleh mengakibatkan tahap hormon yang lebih tinggi dan menyebabkan haid tidak teratur.

Di samping itu, pil kontraseptif kecemasan adalah tidak seberkesan seperti pil perancang biasa untuk jangka masa yang lama.

Individu yang menggunakan pil kontraseptif kecemasan sebagai kaedah perancangan kehamilan jangka masa panjang juga akan lebih cenderung untuk mengalami kehamilan yang tidak dirancang.9

Di manakah boleh saya mendapat pil kontraseptif kecemasan?

Pil kontraseptif kecemasan boleh didapati di farmasi dan klinik. Sebilangan besar jenama pil tidak memerlukan preskripsi, tetapi hubungi doktor anda untuk mendapat kepastian.

Kesimpulan

Kontraseptif kecemasan adalah cara yang selamat untuk mencegah kehamilan selepas seks tanpa perlindungan. Ia juga penyelesaian terbaik sekiranya kaedah pencegah kehamilan seperti kondom telah gagal.

Di samping itu, mengambil kontraseptif kecemasan sahaja tidak mencukupi. Anda dan pasangan anda juga harus menjalani ujian jangkitan kelamin (STI) untuk jangkitan seperti sifilis dan gonorea.

Anda perlukan lebih banyak maklumat? Terokai artikel Soalan Lazim Kontraseptif Kecemasan kami di [sini]

Selain itu, layari [blog kami] untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga.

Jangan lupa untuk berbual dengan Maya mengenai kaedah pencegahan kehamilan yang sesuai untuk anda melalui aplikasi ​[Ask Maya].

References:

1. https://www.plannedparenthood.org/learn/morning-after-pill-emergency-contraception/which-kind-emergency-contraception-should-i-use

2. https://www.howuknow.com/en/hit-or-myth-there-only-one-emergency-contraceptive-method-available

3. ​https://caring2u.com/health_info/the-morning-after-pill-11-faqs-you-might-be-afraid-to-ask/

4. ​https://www.webmd.com/sex/birth-control/faq-questions-emergency-contraception           

5. https://www.howuknow.com/en/contraception-methods/long-acting/iucd-intrauterine-device/

6.​ https://www.howuknow.com/en/contraception-methods/short-acting/the-oral-contraceptive-pill

7. ​https://www.howuknow.com/en/your-questions/emergency-contraceptives

8. https://www.plannedparenthood.org/learn/morning-after-pill-emergency-contraception/how-does-copp er-iud-work-emergency-contraception

9. https://www.howuknow.com/en/node/emergency-pill-for-pregnancy