Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

CARA-CARA ELAK KEHAMILAN YANG DIYAKINI KEBERKESANANNYA DI MALAYSIA

Disiarkan pada: Jun 11, 2024

Setiap rumahtangga pasti mempunyai fokus dan keinginan yang berbeza. Biarpun kebanyakan pasangan pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata sendiri, masih ada segelintir yang mempunyai perancangan kewangan ke arah lain seperti melancong, tempat tinggal dan kenderaan yang selesa untuk kegunaan harian. Terdapat juga pasangan yang merancang keluarga kerana menyedari akan besarnya tuntutan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Hal ini bukanlah suatu kesilapan kerana hanya anda tahu apa yang terbaik untuk anda, dan bak kata pepatah, kita juga perlu “mengukur baju di badan sendiri” untuk kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Namun demikian, bagi pasangan yang ingin merancang keluarga atau mengelakkan kehamilan, anda perlulah peka akan kaedah dan cara untuk elakkan kehamilan di Malaysia. Dengan ini, anda akan lebih faham tentang keadaan badan dan kaedah mana yang lebih bersesuaian untuk anda.

Adakah anda antara pasangan yang ingin merancang keluarga dan sedang mencari cara elak hamil yang sesuai untuk diamalkan? Anda berada di ruangan yang tepat! Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Cara-Cara Elak Kehamilan yang Diyakini Keberkesanannya di Malaysia

 

1. Memakai Kondom Atau Sarung Getah Ketika Bersama Sebagai Cara Untuk Elakkan Mengandung

Kondom seperti yang diketahui secara amnya dapat membantu mengelakkan kehamilan. Bukan itu sahaja, penggunaan kondom sering ditekankan bagi mengelakkan penularan jangkitan penyakit seksual seperti AIDS dan Siflis. Menggunakan kondom sebagai cara untuk elakkan kehamilan adalah kaedah yang paling popular kerana caranya yang mudah dan murah.

Bagaimanakah kondom dapat membantu? Kondom atau sarung getah ini akan menjadi penghalang kepada air mani daripada memasuki bahagian kelamin isteri dengan memerangkap dan menampung air mani. Kondom juga merupakan kaedah yang selamat untuk digunakan dan keberkesanannya juga telah diuji secara saintifik.

Tidak dinafikan, menggunakan kondom masih lagi termasuk dalam pilihan peribadi setiap individu, namun, jika ia merupakan cara terbaik untuk anda amalkan bagi mengelakkan kehamilan, tiada salahnya untuk anda teruskan. Selain dapat mengelak dari hamil, anda juga masih boleh menikmati hubungan seks bersama pasangan.

Kondom terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan corak sesuai dengan citarasa anda. Ia diperbuat daripada lateks dan boleh didapati di farmasi, pusat beli belah atau pembelian dalam talian melalui aplikasi di telefon pintar anda.

When should I start taking contraceptives for family planning

 

2. Cara Untuk Elak Mengandung Selepas Bersama dengan Pengambilan Pil Perancang

Cara untuk elakkan mengandung selepas bersama bukan hanya tertumpu kepada pihak suami sahaja, ini kerana, pengambilan pil perancang kehamilan bagi isteri juga dapat membantu. Perkara utama yang perlu ditekankan adalah dengan mengambil pil yang betul. Terdapat dua jenis pil perancang kehamilan di pasaran iaitu:

  • Pil yang mengandungi kedua-dua estrogen dan progestin
  • Pil yang mengandungi progestin sahaja

 

Walau bagaimanapun, anda perlulah sentiasa beringat dan peka tentang pengambilan pil perancang kehamilan anda. Ini kerana, jika tidak diambil secara konsisten, masih ada kemungkinan besar untuk kehamilan terjadi.

Pil elak hamil selepas bersama perlulah diambil setiap hari dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika anda memilih untuk meneruskan perancangan keluarga dengan kaedah ini, sila pastikan anda menyemak dan membaca preskripsi pil terlebih dahulu. Selain itu, anda juga boleh berunding dengan doktor anda ataupun ahli farmasi sebelum mengambil pil ini untuk memahami dan mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci 
mengenainya.

Alat Perancang Keluarga Untuk Elak Dari Mengandung

 

3. Alat Perancang Keluarga Untuk Elak Dari Mengandung

Dengan teknologi masa kini, anda juga boleh mengelakkan kehamilan dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Alat ini dimasukkan ke dalam rahim isteri dan berfungsi untuk melumpuhkan sperma, menjadikannya kurang aktif bagi menghalang persenyawaan daripada berlaku.

Kebaikan menggunakan alat perancang ini adalah anda tidak perlu terlalu peka dengan jadual pengambilan seperti kaedah pil perancang kehamilan. Ini sangat sesuai bagi anda yang sering tiada masa atau terlupa untuk mendapatkan pil perancang kehamilan anda secara konsisten.

Keberkesananya terbukti dengan permintaan kaedah untuk elakkan kehamilan ini yang tinggi di klinik-klinik atau hospital. Alat untuk elak hamil ini berbentuk T dan diperbuat daripada plastik. Bergantung kepada jangka hayatnya yang tersendiri, alat ini biasanya mampu bertahan selama lima tahun dengan pantauan doktor.

Tentukan Cara Elak Hamil Terbaik untuk Anda, Pilihan di Tangan Anda!

 

Tentukan Cara Elak Hamil Terbaik untuk Anda, Pilihan di Tangan Anda!

Tiada pasangan yang tidak inginkan yang terbaik dalam rumahtangga mereka. Oleh itu, buatlah pilihan yang terbaik bagi menjamin kebahagiaan anda dan pasangan. Pilihan di tangan anda, pastikan anda pilih cara elak kehamilan yang sesuai bukan hanya untuk anda, tetapi juga pasangan.

Dalam merancang keluarga, anda perlu ambil tahu sedikit sebanyak mengenai kaedah, keberkesanannya dan juga implikasi terhadap pengambilannya. Layari Howuknow untuk ketahui lebih lanjut tentang perancangan keluarga, cara untuk elak dari mengandung dan kaedah kontrasepsi yang bersesuaian!