Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

NOTIS PRIVASI

Kami mengambil serius perlindungan data peribadi anda. Oleh itu, kami ingin anda mengetahui data mana yang kami simpan dan data mana yang kami buang. Dengan notis privasi ini, kami ingin memaklumkan kepada anda tentang langkah keselamatan kami.

Pengumpulan Data

Apabila anda menggunakan laman web kami, data mungkin disimpan untuk pelbagai tujuan keselamatan. Data ini mungkin termasuk nama pembekal perkhidmatan Internet anda, laman web yang anda gunakan untuk memautkan ke laman kami, laman web yang anda lawati dari laman kami dan alamat IP anda. Data ini mungkin boleh membawa kepada pengenalan diri anda, tetapi kami tidak menggunakannya untuk berbuat demikian. Kami menggunakan data tersebut dari semasa ke semasa untuk tujuan statistik, tetapi mengekalkan kerahasiaan setiap pengguna individu supaya orang itu tidak dapat dikenal pasti. Dalam kes apabila data peribadi diberikan kepada orang lain untuk memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta, atau untuk tujuan lain yang telah anda beri kuasa, kami bergantung kepada cara teknikal dan organisasi untuk memastikan bahawa peraturan keselamatan data yang berkenaan dipatuhi.

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi

Kami mengumpul data peribadi hanya apabila anda memberikannya kepada kami, melalui pendaftaran, melengkapkan borang atau e-mel, sebagai sebahagian daripada pesanan untuk produk atau perkhidmatan, pertanyaan atau permintaan tentang bahan yang dipesan dan situasi serupa di mana anda telah memilih untuk memberikan maklumat kepada kami.

Dengan behubung bersama kami melalui cara ini, anda dengan ini membenarkan Bayer dan/atau ejen pihak ketiga yang diberi kuasa untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menggunakan data peribadi anda. Pangkalan data dan kandungannya kekal di syarikat kami dan kekal dengan pemproses data atau pelayan yang bertindak bagi pihak kami dan bertanggungjawab kepada kami. Data peribadi anda tidak akan diserahkan oleh kami atau oleh ejen kami untuk digunakan oleh pihak ketiga dalam apa jua bentuk sekalipun, melainkan kami telah mendapat persetujuan anda atau dikehendaki dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.

Kami akan mengekalkan kawalan dan tanggungjawab untuk penggunaan mana-mana data peribadi yang anda dedahkan kepada kami. Sesetengah data ini mungkin disimpan atau diproses di komputer yang terletak dalam bidang kuasa lain, seperti Amerika Syarikat, yang undang-undang perlindungan datanya mungkin berbeza daripada bidang kuasa tempat anda tinggal. Dalam kes sedemikian, kami akan memastikan bahawa perlindungan yang bersesuaian disediakan untuk mewajibkan pemproses data di negara itu mengekalkan perlindungan kepada data setara dengan yang terpakai dalam negara di mana anda tinggal.

Tujuan Penggunaan

Data yang kami kumpulkan hanya akan digunakan untuk tujuan membekalkan anda dengan produk atau perkhidmatan yang diminta atau untuk tujuan lain yang anda telah berikan kebenaran, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang.

Bayer dan ahli gabungannya akan menggunakan data peribadi anda (termasuk mana-mana kategori data peribadi sensitif/khusus) untuk urusan Pharmacovigilance. Sila rujuk pautan untuk butiran lanjut.

Hak Akses dan Pembetulan

Anda mempunyai hak untuk menyemak dan meminda mana-mana data peribadi yang disimpan dalam sistem kami jika anda percaya ia mungkin sudah lapuk atau tidak betul. Hanya hantar e-mel ke alamat yang diberikan dalam cetakan atau hubungi Pegawai Privasi di alamat di bawah.

Hak Pembatalan

Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan data peribadi anda pada masa hadapan. Sekali lagi, hanya hantar e-mel ke alamat yang diberikan dalam cetakan atau hubungi Pegawai Privasi di alamat di bawah.

Penyimpanan Data

Kami hanya menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk kami memberikan perkhidmatan yang anda minta atau yang telah anda berikan kebenaran anda, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang (contohnya berkaitan dengan litigasi yang tertangguh).

Kuki Untuk Tujuan Teknikal

Kami tidak akan menggunakan Kuki Pilihan tanpa kebenaran anda terlebih dahulu. Selepas akses pertama anda ke laman web kami, satu sepanduk akan muncul di laman web kami, meminta anda memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan Kuki Pilihan. Jika persetujuan anda diberikan, kami akan menetapkan Kuki pada komputer anda dan sepanduk tidak ditunjukkan kepada anda sepanjang jangka hayat Kuki tersebut. Selepas tempoh tersebut, atau jika anda memadamkan Kuki secara aktif, sepanduk akan muncul semula pada kali yang berikutnya semasa anda melawati laman web kami dan anda sekali lagi akan diminta untuk memberikan persetujuan anda.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda yang diberikan kepada penggunaan Kuki Pilihan pada bila-bila masa dengan menukar pilihan masing-masing dalam jadual di atas. Sudah tentu anda boleh menggunakan laman web kami tanpa sebarang Kuki digunakan sama sekali (termasuk Kuki untuk tujuan teknikal). Dalam pelayan anda, anda boleh pada bila-bila masa menyekat atau menyahaktifkan penggunaan Kuki. Ini mungkin, walau bagaimanapun, mempunyai kesan negatif tertentu terhadap fungsi dan kemesraan pengguna laman kami.

Analisis web

Laman web kami menggunakan Google Analytics, perkhidmatan analitik web Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, Amerika Syarikat (“Google”).

Berdasarkan persetujuan anda terlebih dahulu, Google akan menganalisis penggunaan laman web kami oleh anda bagi pihak kami. Untuk tujuan ini, kami menggunakan, antara lain, Kuki yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam jadual di atas. Maklumat yang dikumpul oleh Google berkaitan dengan penggunaan laman web kami oleh anda (cth. URL rujukan, halaman web kami yang mana yang anda lawati, jenis pelayar anda, tetapan bahasa anda, sistem pengendalian anda, resolusi skrin anda) akan dihantar ke pelayan Google di AS, di mana ia akan disimpan dan dianalisis; keputusan masing-masing kemudiannya akan disediakan kepada kami dalam bentuk awanama. Dalam proses ini, data penggunaan anda tidak akan disambungkan ke alamat IP penuh anda. Kami telah mengaktifkan di laman web kami fungsi awanama IP yang ditawarkan oleh Google, supaya 8 digit terakhir (jenis IPv4) atau 80 bit terakhir (jenis IPv6) alamat IP anda dipadamkan. Tambahan lagi, Google diperakui di bawah Perisai Privasi AS-EU, yang telah dinilai oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menjamin tahap perlindungan data yang mencukupi berkenaan dengan pemprosesan data oleh Google di AS.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan analisis web pada bila-bila masa sama ada dengan memuat turun dan memasang Pemalam Pelayar Google yang ditawarkan oleh Google atau dengan mengendali persetujuan anda dalam jadual di atas, yang mana kuki pilih-keluar akan ditetapkan. Kedua-dua pilihan akan menghalang penggunaan analisis web hanya jika anda menggunakan pelayar yang anda pasang pemalam atau jika anda tidak memadamkan Kuki pilih-keluar.

Untuk maklumat lanjut tentang Google Analytics sila rujuk Syarat Perkhidmatan Google Analytics, prinsip keselamatan dan privasi Google Analytics dan Dasar Privasi Google.

Keselamatan

Bayer AG menggunakan langkah berjaga-jaga keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data anda daripada manipulasi, kehilangan, kemusnahan atau akses oleh orang yang tidak dibenarkan. Sebarang data peribadi yang anda berikan kepada Bayer AG akan disulitkan dalam transit untuk mengelakkan kemungkinan penyalahgunaannya oleh pihak ketiga. Prosedur keselamatan kami sentiasa disemak berdasarkan perkembangan teknologi baharu.

Kanak-kanak

Memandangkan kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, kami tidak mengumpul, memproses atau menggunakan di laman web kami sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang kami tahu berumur di bawah 13 tahun tanpa kebenaran yang boleh disahkan terlebih dahulu daripada wakil sahnya. Wakil undang-undang tersebut mempunyai hak, atas permintaan, untuk melihat maklumat yang diberikan oleh kanak-kanak itu dan/atau menghendaki ia dipadamkan.

Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang masalah, soalan atau idea, sila hubungi yang berikut:

Pegawai Keselamatan Data:
Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd
25-03 & 25-04, Level 25, IMAZIUM
No 8, Jalan SS21/37, Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: +60 3 7801 3088
Fax: +60 3 7733 9272
Email: dpo.sg@bayer.com

Pembangunan berterusan internet memerlukan pelarasan berkala pada notis privasi kami. Kami mengekalkan hak untuk membuat perubahan apabila perlu.