Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

Apa Itu Pil Pencegah Kehamilan Kecemasan (ECP)?

Posted on: November 03, 2023

Alt tag

 

Pil perancang kecemasan (ECP), juga dikenali sebagai pil perancang selepas bersama, merupakan satu bentuk kontraseptif kecemasan yang diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini. 

Pil ECP bukanlah satu kaedah kontraseptif biasa untuk jangka masa panjang. Seperti namanya, ia hanya digunakan dalam keadaan kecemasan, seperti apabila berlaku kegagalan kontraseptif lain, contohnya kondom yang anda gunakan koyak.1 

Terdapat pelbagai jenis pil ECP yang tersedia di Malaysia. Bagi memastikan keberkesanannya, anda perlulah mengambil pil kecemasan ini dalam tempoh yang betul selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan sebelum Menggunakan Pil Kontraseptif Kecemasan

Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan jika anda ingin menggunakan pil perancang kecemasan. Pil kecemasan telah ditetapkan untuk diambil dalam jangka masa tertentu. Tempoh ini adalah antara 72 ataupun sehingga 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan, bergantung kepada jenis pil yang anda gunakan. Anda boleh rujuk maklumat pada bungkusan produk atau pakar kesihatan untuk memastikan anda mengambil pil ini dengan betul.

Berat badan juga boleh mempengaruhi keberkesanan pil ECP. Jika berat badan anda berlebihan, ia mungkin akan menjejaskan keberkesanan pil ECP dalam mencegah kehamilan.2 Untuk kes sedemikian, kaedah kontraseptif lain adalah lebih berkesan untuk digunakan.

Pil ECP mengandungi hormon yang berfungsi dengan menangguhkan proses pelepasan telur dan menghalang sperma daripada bersenyawa dengan telur. Anda juga boleh berbincang dengan pakar kesihatan untuk mengenal pasti alternatif mana yang sesuai untuk anda.

Cara untuk Meningkatkan Keberkesanan Pil Kecemasan ECP

Mengikut dos dan masa pengambilan yang disyorkan adalah penting untuk memaksimumkan keberkesanan pil ECP. Kadar keberkesanan pil ECP berbeza bergantung kepada seberapa cepat anda mengambilnya selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Semakin lambat ia diambil, semakin berkurang keberkesanannya.3

Perlu diingat bahawa pil ECP berfungsi dengan melambatkan ovulasi atau pembebasan telur oleh ovari. Jika proses ovulasi sudah berlaku semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, maka pil ECP mungkin tidak berkesan lagi untuk mencegah kehamilan.

Memahami Kelebihan dan Kesan Pil Kontraseptif Kecemasan

Pil ECP mempunyai kelebihan dan kekurangan. Dari segi positif, pil ini memberikan pilihan pada waktu kecemasan untuk mencegah kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Namun, pil ECP masih ada kelemahannya: jika diambil terlalu lewat dalam kitaran haid anda, terutamanya selepas ovulasi berlaku, keberkesanannya akan berkurangan dengan ketara. Jadi, untuk keadaan sebegini, pil perancang biasa menjadi kaedah kontraseptif yang lebih boleh dipercayai.

Memahami kelebihan dan kekurangan pil kecemasan adalah penting untuk membuat keputusan yang betul tentang kesihatan reproduktif anda.

Berbincang dengan Pakar Perancang Keluarga sebelum Mengambil Pil Kecemasan

Selain daripada pil ECP, pakar kesihatan anda boleh memperkenalkan anda kepada pelbagai jenis kaedah kontraseptif yang tersedia. Mereka akan mengambil kira sejarah perubatan, gaya hidup, dan tujuan perancangan masa depan anda untuk mencadangkan alternatif yang mungkin lebih sesuai untuk anda.

Layari Howuknow untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pelbagai kaedah kontraseptif yang tersedia untuk anda.

Rujukan
  1. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/23386-morning-after-pill
  2. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/morning-after-pill/about/pac-20394730#:~:text=Plan%20B%20One%2DStep%20contains,emergency%20birth%20control%20(contraception).
  3. https://www.tht.org.uk/hiv-and-sexual-health/sexual-health/improving-your-sexual-health/contraception/emergency#:~:text=Emergency%20contraceptive%20pills&text=It's%20considered%20to%20be%3A,%2D48%20hours%20(2%20days)