Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

MANFAAT PIL PERANCANG KEHAMILAN DOS RENDAH (KONTRASEPTIF ORAL)

Posted on: Oktober 26, 2023

Alt tag

 

Dengan perkembangan teknologi dan penyelidikan saintifik, pelbagai kaedah kontrasepsi kini tersedia untuk tujuan perancangan keluarga. Salah satu kaedah yang popular di Malaysia ialah pil perancang kehamilan atau kontraseptif oral, iaitu tablet yang diambil sekali sehari, dengan kadar keberkesanan 99% jika digunakan dengan betul.1

Namun begitu, tidak semua pil perancang kehamilan adalah sama. Terdapat pil perancang yang mengandungi hormon dalam dos rendah berbanding yang lain. Ini dikenali sebagai pil perancang dos rendah. Memilih pil jenis ini dapat mengurangkan kesan sampingan dan memberi manfaat seperti pengurangan aliran haid dan kesakitan senggugut.2

Oleh itu, sangatlah penting untuk anda ketahui jenis-jenis pil perancang kehamilan yang terdapat di pasaran untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Jenis-Jenis Pil Pencegah Kehamilan

Pil pencegah kehamilan berbeza mengikut jenis hormon dan dos yang terkandung di dalamnya. Berikut adalah jenis-jenis pil pencegah kehamilan di Malaysia yang perlu anda ketahui:

Pil Perancang Progesteron-Sahaja 

Pil progesteron-sahaja, juga dikenali sebagai pil mini, adalah pil yang tidak mengandungi estrogen. Seperti namanya, ia hanya mengandungi hormon progesteron. Pil jenis ini disyorkan oleh pakar kesihatan kepada mereka yang tidak sesuai mengambil estrogen, seperti ibu menyusu.3

Pil Perancang Kombinasi

Pil perancang kombinasi mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesteron yang berfungsi untuk mencegah kehamilan. Hormon-hormon ini akan menyebabkan lendir serviks menjadi lebih pekat, menghalang sperma untuk masuk dan bersenyawa dengan ovum. Selain itu, pil perancang kombinasi juga dapat menghalang ovulasi dengan menipiskan lapisan rahim.4

Biasanya, pil perancang kombinasi mengandungi sekitar 30 hingga 35 mikrogram (mcg) etinil estradiol iaitu sejenis estrogen sintetik. Namun begitu, terdapat juga pil perancang dos ultra rendah yang mengandungi sehingga 20 mcg estrogen.5

Pil Perancang Kombinasi Dos Ultra Rendah (≤20 mcg estrogen) dan Dos Rendah (≤35 mcg estrogen) 

Pil perancang kombinasi dos ultra rendah juga mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesteron, tetapi dengan dos estrogen yang lebih rendah. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan seperti mual, sakit pada payudara, dan kembung perut.6

Jika anda mengalami kesan sampingan yang disebutkan di atas, pil kombinasi dos ultra rendah mungkin pilihan alternatif kontraseptif oral yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi dan doktor sebelum bertukar kepada pil ini.

Kesan Sampingan Pil Perancang Kombinasi

Berikut adalah kesan sampingan yang mungkin anda alami apabila mengambil mana-mana pil perancang kombinasi.7 Ia termasuk:

  • Sakit kepala
  • Mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Rasa sakit pada payudara
  • Kembung perut

 

Namun, pil perancang kombinasi dos ultra rendah berpotensi untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Haruslah diingati bahawa kesan sampingan dan tahap keparahannya mungkin berbeza pada setiap individu.

Dapatkan Pandangan Pakar Kesihatan untuk Penggunaan Pil Perancang Kehamilan yang Berkesan

Apabila berbicara tentang kaedah kontrasepsi, tiada satu kaedah pun yang sesuai untuk semua orang. Setiap individu berbeza, maka amat penting untuk memilih kaedah kontrasepsi yang sesuai dengan diri anda. Rujuklah pakar kesihatan bagi mengetahui pil kawalan kehamilan di pasaran Malaysia yang sesuai untuk anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai penggunaan pil perancang kehamilan, jangan malu untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda. Layari laman Howuknow untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai kaedah kontrasepsi.

Rujukan
  1. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/3977-birth-control-the-pill
  2. https://www.verywellhealth.com/low-dose-birth-control-options-side-effects-and-more-5202959#:~:text=Low%2Ddose%20birth%20control%20pills%20are%20a%20type%20of%20oral%20contraceptive%20that%20contains%2C%20as%20the%20name%20implies%2C%20a%20lower%20dose%20of%20hormones
  3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322629#types:~:text=Progestin%2Donly%20low,use%20a%20minipill
  4. https://www.nhs.uk/conditions/contraception/combined-contraceptive-pill/#:~:text=How%C2%A0the%20combined,able%20to%20grow 
  5. https://www.verywellhealth.com/low-dose-birth-control-options-side-effects-and-more-5202959#:~:text=E%2B%20/%20Getty%20Images-,What%20Does%20%E2%80%9CLow%2DDose%E2%80%9D%20Mean%3F,combination%20birth%20control%20pills%20contain%20up%20to%2020%20%C2%B5g%20of%20estrogen.,-These%20pills%20seem 
  6. https://australianprescriber.tg.org.au/articles/choosing-a-combined-oral-contraceptive-pill.html#r2:~:text=Subsequently%20it%20has%20been%20found%20that%20formulations%20with%20ethinyloestradiol%2020%20microgram%20are%20likely%20to%20be%20as%20effective%20as%20the%2030%E2%80%9335%20microgram%20pills%20while%20possibly%20reducing%20the%20oestrogenic%20effects%20such%20as%20nausea%2C%20bloating%20and%20breast%20tenderness

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322629#when-to-switch-birth-control-methods:~:text=Side%20effects%20are,changes%20in%20libido