Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

HOWUKNOW BLOG

BAGAIMANA KESAN HAID DAN SAKIT SENGGUGUT BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA

Disiarkan pada: Jun 20, 2024

Terpaksa menahan sakit senggugut boleh mengganggu aktiviti seharian terutamanya bagi wanita yang aktif dan bekerjaya. Simptom sakit senggugut berbeza bagi setiap orang, mungkin ada antara anda yang merasakan kekejangan dan sakit yang berdenyut pada bahagian bawah perut, atau mungkin juga ada yang merasakan kekejangan di bahagian lain seperti belakang badan atau paha mahupun betis.

Selain itu, antara gejala penyakit senggugut lain termasuklah loya, sakit kepala dan keletihan. Kebanyakan wanita pastinya mencuba untuk meredakan senggugut mereka sendiri tanpa berjumpa dengan pakar professional. Ini kerana, masalah senggugut sering dianggap sebagai gejala sakit biasa yang harus dihadapi pada setiap bulan. Namun begitu, tahukah anda bahawa senggugut berlebihan boleh membahayakan kesihatan jika tidak dirawat dengan cepat?

Sakit Senggugut boleh Menyebabkan Kemandulan

 

Sakit Senggugut boleh Menyebabkan Kemandulan

Sangat penting untuk semua wanita memberikan sepenuh perhatian kepada tahap kesihatan mereka terutamanya jika anda mengalami senggugut berlebihan pada setiap kedatangan haid. Ini adalah kerana ia mungkin berkait dengan masalah kesihatan lain pada sistem peranakan atau reproduksi anda. Kebahayaan senggugut boleh mengakibatkan kesakitan yang berpanjangan disebabkan oleh keradangan rahim, tiub fallopian dan ovari yang membawa kepada endometriosis.

Jika anda mengalami senggugut yang menyerang seminggu sebelum haid dan berterusan selepas habis haid, anda dinasihati berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan senggugut yang bersesuaian. Antara penyakit yang boleh menyebabkan kemandulan disebabkan senggugut adalah seperti di bawah:

Sukar Hamil Disebabkan Endometriosis

Ada sesetengah wanita yang terpaksa menahan sakit senggugut sambil berguling-guling bagi mengurangkan kesakitan. Keadaan ini juga perlu dititikberatkan kerana ia mungkin berpunca daripada penyakit Endometriosis. Penyakit ini berlaku akibat daripada tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim, melekat di bahagian luar rahim. Antara kesan penyakit ini adalah senggugut berlebihan, pendarahan yang banyak dan kemandulan.

Penyakit Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease) Punca SenggugutBerlebihan

Senggugut berlebihan atau lebih dikenali dengan senggugut sekunder merupakan sakit yang dialami dalam tempoh yang lama sepanjang haid. Selain endometriosis, penyakit senggugut juga boleh menyebabkan Penyakit Radang Pelvis atau ‘Pelvic Inflammatory Disease’. Penyakit ini menyebabkan keluarnya lendir tidak normal dan berbau, dan jika tidak dirawat, ia juga boleh menyebabkan kemandulan.

Penyakit Senggugut Menyebabkan Kecelaruan Hormon (PCOS)

 

Penyakit Senggugut Menyebabkan Kecelaruan Hormon (PCOS)

Sakit senggugut yang kronik pada setiap bulan juga merupakan petanda bahawa anda sedang menghidapi penyakit lain yang lebih serius. Antara penyakit serius tersebut adalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) atau dalam bahasa mudahnya, kecelaruan hormon. Besar kemungkinan yang anda juga menghidapi PCOS jika anda sering mengalami senggugut dan kitaran haid yang tidak menentu dan jarang berlaku.

Penghidap PCOS mempunyai banyak sista dalam ovari yang boleh membawa kepada kesan kesihatan yang lebih teruk. Sista-sista dalam ovari ini dipenuhi dengan cecair dan sel telur yang tidak matang dan menyebabkan ovari membesar. Sesetengah penghidap PCOS mungkin jarang mengalami haid, namun ada juga yang mengalami haid berlebihan akibat daripada kecelaruan hormon yang berlaku.

Simptom Penyakit PCOS

Disebabkan kecelaruan hormon yang berlaku, badan anda mungkin akan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki berbanding hormon wanita. Antara gejala yang biasa terjadi kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

  • Jerawat
  • Naik berat badan dan sukar untuk turun
  • Banyak bulu roma di muka, perut, dada dan belakang badan
  • Suara garau
  • Rambut menipis
  • Haid tidak menentu
  • Ketidaksuburan
  • Kemurungan
Senggugut Berlebihan Merupakan Simptom Fibroid Rahim!

 

Senggugut Berlebihan Merupakan Simptom Fibroid Rahim!

Dalam usaha menghilangkan senggugut, sangatlah penting untuk anda ketahui punca sebenar penyakit senggugut anda. Kebanyakan wanita di Malaysia mungkin keliru dan menganggap sakit senggugut yang mereka alami itu adalah normal, sedangkan senggugut juga merupakan simptom penyakit fibroid rahim. Apakah itu fibroid rahim? Ia merupakan ketumbuhan yang terbentuk daripada tisu otot rahim.

Pertumbuhan fibroid rahim sering dikaitkan dengan hormon, pil pencegah kehamilan, pengambilan makanan proses dan bergaram tinggi serta produk tenusu berlemak. Disebabkan pertumbuhan ini, anda akan berasa sakit dalam rahim dan menganggap ia merupakan serangan senggugut biasa. Oleh itu, sangatlah penting untuk anda terus mendapatkan rawatan senggugut sekiranya mengalami simptom yang kronik.

Cara-cara untuk Menghilangkan Sakit Senggugut

 

Cara-cara untuk Menghilangkan Sakit Senggugut

Masih terdapat cara-cara untuk mengurangkan kesakitan senggugut yang anda boleh anda lakukan di rumah termasuk:

  • Berehat dan bertenang
  • Ambil ubat tahan sakit
  • Ambil suplemen dan vitamin tambahan
  • Gunakan pad mampatan haba

Ketahui tentang cara untuk meredakan senggugut dengan lebih lanjut di sini!

How effective is the morning after pill at preventing pregnancy

 

Dapatkan Rawatan Senggugut Daripada Doktor Anda

Anda perlulah sentiasa ingat bahawa rawatan senggugut di rumah hanya sesuai bagi sakit senggugut yang ringan sahaja. Jika serangan senggugut anda berlarutan dan kronik, mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan yang bertauliah masih sangat penting. Ia juga merupakan cara untuk mengatasi senggugut yang betul dengan diagnosis yang tepat oleh doktor. Doktor dapat mengesan masalah yang anda hadapi dengan beberapa
ujian ultrasound atau imbas pelvis bagi melihat keadaan rahim dan juga ovari anda.

Sebagai wanita, sangatlah penting untuk kita ketahui dan peka akan masalah kesihatan yang ada kerana ia mungkin juga akan melibatkan kita atau orang tersayang. Layari Howuknow sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit senggugut atau informasi tentang cara mengatasi senggugut!