JAWAPAN KEPADA SOALAN TERATAS MENSTRUASI DAN HAID ANDA
Ya, PMS bukan mitos! Lapan daripada sepuluh wanita mengalami sedikit ketidakselesaan sejurus sebelum haid bulanan mereka bermula. Gejala-gejala ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam kitaran dan bagi kebanyakan wanita ia amat teruk sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka – dalam aspek peribadi dan pekerjaan. Walau bagaimanapun, simptom berkaitan kitaran masih menjadi subjek yang penuh keraguan - lelaki khususnya menganggapnya sebagai alasan yang tidak baik untuk wanita menjadi cepat marah dan merungut tanpa kawalan. Apa yang anda patut tahu:
Gejala prahaid yang paling lazim dibahagikan kepada dua kumpulan:
Afektif: suasana kemurungan, ledakan kemarahan, kerengsaan, kebimbangan, kekeliruan, memencilkan diri
Somatik: payudara nyeri, kembung perut, sakit kepala, bengkak bahagian hujung
Penyelidik perubatan masih berusaha untuk mengenal pasti punca sebenar simptom ini tetapi yang pasti ia dikaitkan dengan turun naik hormon semasa kitaran haid. Beberapa pil kontraseptif gabungan terbukti dapat mengurangkan gejala ini. Sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sekiranya anda terkesan teruk dengan gejala ini.
Kekejangan abdomen, sakit kepala dan sakit belakang, payudara nyeri, perubahan angin atau loya, bagi kebanyakan wanita menjadikan haid satu kesengsaraan yang lazim. Tetapi anda tidak sepatutnya menderita ketidakselesaan yang teruk dalam diam. Rujuk doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda supaya mereka boleh menyiasat kemungkinan punca dan bertanya tentang cara yang boleh untuk anda mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan kitaran haid anda. Beberapa kaedah kontrasepsi berasaskan hormon seperti pil atau IUS boleh menjadikan haid lebih ringan dan lebih boleh dikendalikan, contohnya, dengan melambatkan atau menghalang pertumbuhan lapisan rahim. Ini juga selalunya bermaksud: kurang kesakitan dan kurang batasan, contohnya dari segi cuti, bersenam dan seks.
Terdapat mitos yang tegar bahawa haid bulanan anda adalah satu bentuk "penyucian" badan yang mencuci kuman atau sel mati dari rahim anda. Tetapi sebenarnya: pendarahan setiap bulan tidak memberikan manfaat dari sudut pandangan perubatan. Oleh itu, ia tidak membahayakan jika haid anda lebih pendek atau lebih ringan akibat daripada kontrasepsi hormon.
Dari perspektif sejarah, wanita tidak pernah mempunyai sebegitu banyak haid seperti yang mereka alami sekarang: sehingga 450 seumur hidup! Pada masa lalu, untuk perbandingan, terdapat lebih banyak kali wanita tidak mengalami haid kerana kehamilan yang lebih kerap dengan tempoh penyusuan yang panjang. Ini mengakibatkan hanya kira-kira 150 haid semasa jangka hayat Nenek anda.
Anda tidak bersendirian! Gejala-terkait kitaran dialami oleh kira-kira lapan daripada sepuluh wanita pada satu peringkat semasa hayat kesuburan mereka. Jika anda mengadu tentang gangguan seperti mengidam yang melampau, anda mungkin mengalami simptom yang berbeza daripada yang dihidapi oleh kakak atau kawan baik anda. Walaupun simptom anda serupa dengan simptom orang lain, anda mungkin merasakannya dengan lebih atau kurang. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini secara kerap, selalunya beberapa hari sebelum haid anda bermula, berbincang dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda.
Tidak menggunakan kontrasepsi semasa haid anda adalah permainan yang berbahaya, kerana sebenarnya mungkin persenyawaan berlaku semasa fasa kitaran haid ini! Tempoh kitaran haid berbeza dari wanita ke wanita antara 21 dan 35 hari. Ovulasi hampir selalunya berlaku sekitar dua minggu sebelum haid anda, iaitu antara hari ke 7 dan ke 21 kitaran anda. Oleh kerana jangka hayat sperma tidak dapat diramalkan, seks tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan dari hari pertama haid anda.
Seperkara lain lagi ialah sesetengah wanita menyalahtafsirkan pendarahan terobosan sebagai haid dan menganggap mereka "selamat". Jadi jika anda tidak mahu hamil, anda harus sentiasa menggunakan kontrasepsi tanpa gangguan.
Ada beberapa sebab mengapa haid anda mungkin lewat.
Pertama sekali: anda mungkin hamil. Jika anda rasa ini mungkin berlaku, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah atau berjumpa doktor anda untuk diperiksa.
Walau bagaimanapun, beberapa faktor lain boleh menyebabkan haid lewat atau terlepas, contohnya ubat-ubatan, tekanan, diet atau senaman.
Khususnya, wanita muda, yang kitarannya belum begitu tetap, sering mengalami turun naik hormon yang boleh menyebabkan haid lewat atau langsung terlepas.
Semasa pendarahan bulanan peluang untuk hamil adalah rendah tetapi bukan sifar. Pendarahan itu sendiri tidak menghalang kehamilan, dan ia juga tidak menggalakkan kehamilan. Dalam beberapa hari pertama pendarahan bulanan, kebarangkalian kehamilan adalah paling rendah. Semakin hari, peluang untuk hamil meningkat, sama ada masih ada pendarahan atau tidak. Risiko kehamilan meningkat sehingga ovulasi. Sehari selepas ovulasi, peluang kehamilan mula menurun secara berterusan. Beberapa kaedah kesedaran kesuburan yang bergantung kepada rembesan serviks menasihatkan untuk mengelak hubungan seks tanpa perlindungan semasa pendarahan bulanan kerana rembesan serviks tidak dapat dikesan semasa pendarahan dan terdapat risiko kecil ovulasi ketika itu.