KONDOM WANITA
Ia memberi mereka pilihan yang lebih untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan seksual (STI), HIV dan kehamilan yang tidak diingini. Ia tidak bertujuan sebagai pengganti kondom lelaki tetapi sebagai pilihan tambahan untuk wanita dan lelaki.
Anda boleh menggunakan kondom wanita semasa anda hamil kerana kondom tidak bergerak melepasi serviks. Anda juga boleh menggunakan kondom wanita walaupun selepas baru bersalin.
Tidak, kerana geseran yang berpunca daripada kedua kondom tersebut boleh mengoyakkan salah satu atau kedua-dua kondom. Juga, menggunakan satu kondom (lelaki atau wanita) memberikan perlindungan yang sama kepada kedua-dua pasangan.
Kondom wanita sama panjangnya dengan kondom lelaki. Walau bagaimanapun, ia lebih lebar daripada kondom lelaki kerana, setelah dimasukkan, ia melapisi dinding faraj dan membolehkan zakar bergerak di dalam sarung. Ia juga memberikan perlindungan tambahan dengan menutup bahagian luar alat kelamin wanita dan pangkal zakar.
Kondom wanita boleh dimasukkan sebelum hubungan seksual dan tidak perlu dikeluarkan sejurus selepas hubungan seksual.
Tidak, penggunaan semula mana-mana kondom tidak disyorkan - lelaki atau wanita. Kondom baru harus digunakan setiap kali anda melakukan persetubuhan.
Kondom wanita tidak mengganggu haid justeru ia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, kondom wanita hendaklah dimasukkan sejurus sebelum persetubuhan dan dikeluarkan sejurus selepas itu.
Kondom wanita menutup serviks. Diameter bukaan kepada serviks ialah 1 mm hingga 3 mm jadi mustahil untuk kondom wanita hilang di dalam badan anda.
Seperti kebanyakan kaedah halangan, ia boleh memerlukan sedikit latihan untuk menggunakan kaedah ini dengan betul. Selama mana anda jelas tentang cara menggunakannya, anda akan terbiasa dengannya.