PENSTERILAN

Kaedah Kekal

Pensterilan ialah proses menghilangkan sepenuhnya keupayaan tubuh untuk proses reproduktif melalui pembedahan atau penyusupan secara minimum.

REJIMEN

SELAMA-
LAMANYA

FAEDAH

Sangat berkesan

Bebas hormon

Kekal

 

    TIADA PATAH BALIK

    Kadangkala ada kemungkinan untuk membalikkan operasi, tetapi ia tiada jaminan. Pembalikan melibatkan pembedahan rumit yang mungkin tidak menjadi.

    Pensterilan adalah kaedah kontrasepsi kekal yang sesuai untuk mereka yang telah pasti tidak mahukan anak atau mempunyai lebih ramai anak. Pensterilan tersedia untuk wanita dan lelaki dan terdapat beberapa jenis prosedur yang berbeza. Sebelum anda membuat keputusan tentang pensterilan, cuba bercakap dengan kaunselor bebas atau pakar sakit puan anda. Terdapat bentuk lain kontrasepsi jangka panjang yang sama berkesan dalam mencegah kehamilan yang tidak dirancang, tetapi tidak kekal lama. Kadang kala kemungkinan untuk pembalikan kepada prosedur itu ada; akan tetapi, kadar kejayaannya tidak terjamin.

    Sterilization Permanent Method

    BUTIRAN LANJUT

    Pada Wanita

    Pensterilan wanita boleh dicapai melalui teknik pembedahan dan bukan pembedahan. Kedua-dua kaedah menghentikan sperma sepenuhnya daripada sampai kepada telur di dalam rahim dan dilakukan di hospital di bawah anestesia am.

    Kaedah pembedahan: Kaedah pembedahan, dipanggil tiub terikat, melibatkan pengikatan dan pemotongan tiub fallopio. Tiub juga boleh dimeterai menggunakan arus elektrik atau ditutup dengan klip, pengapit atau gegelang. Peranti perubatan dimasukkan ke dalam tiub melalui faraj dengan kateter khas. Dalam sesetengah kes, sebahagian kecil tiub fallopio dikeluarkan. Kaedah ini memerlukan masa pemulihan yang lebih lama kerana sifat semulajadi operasi yang invasif. Tiub terikat hanya terkesan kepada kesuburan wanita tanpa kesan ke atas libido atau keupayaannya untuk melakukan hubungan seks.

    Kaedah bukan pembedahan: Pensterilan tanpa pembedahan berfungsi dengan menghadang laluan tiub fallopio supaya tiada apa-apa yang boleh masuk atau keluar dari rahim, menghalang persenyawaan. Sisipan logam yang kecil dan fleksibel dimasukkan ke dalam tiub melalui faraj dengan kateter khas. Peranti menyebabkan tisu parut terbentuk di sekeliling gegelung, yang kemudiannya menyekat tiub. Kaedah ini akan kekal hanya selepas 3 bulan, jadi anda dinasihatkan untuk menggunakan kaedah kontrasepsi yang berbeza dalam tempoh tersebut.

    Pada Lelaki

    Pensterilan lelaki, juga dirujuk sebagai vasektomi, ialah prosedur pembedahan di mana saluran pembawa sperma dipotong, kemudian dimeterai atau diikat untuk mengelakkan persenyawaan, dan boleh dilakukan di bawah anestesia setempat. Selepas prosedur, seseorang lelaki masih boleh berejakulasi tetapi tiada sperma hadir. Vasektomi hanya memberi kesan kepada kesuburan lelaki tetapi tidak memberi kesan kepada libido atau keupayaannya untuk melakukan hubungan seks.

    TUNJUK CARA

    Ini mungkin "Tunjuk Cara" paling penting daripada kesemuanya dan sebabnya terletak pada perkataan pensterilan. Untuk menjadikan steril, untuk menghapuskan peluang untuk hamil sampai bila-bila, selama-lamanya, hingga azali, takkan sekali-kali, selamanya. Selepas konsultasi perubatan, pembedahan menghadang vas deferens lelaki, tiub yang membawa sperma dari testis ke kelenjar lain, jadi air mani, cecair yang keluar dari zakar lelaki, tidak lagi mempunyai sperma di dalamnya. Ia mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk mengeluarkan sperma daripada sistem lelaki. Anda perlu menggunakan kaedah kawalan kelahiran yang lain sehingga ujian menunjukkan tiada lagi sperma di dalam air mani.

    Untuk melakukan vasektomi adalah satu keputusan yang besar, rujuk kepada penyedia penjagaan kesihatan anda untuk memastikan anda tidak menyesal mengambil keputusan ini kerana apabila keputusan telah diambil, setakat itu sahaja, tiada lagi bayi dan tiada lagi jalan kembali.

    KEBAIKAN / KELEMAHAN

    • Ia kekal selama-lamanya
    • Sangat berkesan
    • Ia tidak mengganggu seks
    • Ia tidak terjejas oleh ubat-ubatan lain
    • Sesuai bagi setiap orang yang langsung tidak mahu mempunyai anak (atau tidak mahu anak lagi) dan mahukan pilihan kontraseptif kekal
    • Bebas hormon
    • Ia kekal selama-lamanya
    • Ia boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan, jangkitan atau komplikasi lain selepas pembedahan
    • Ia boleh menyebabkan kandungan luar rahim
    • Anda mungkin memerlukan anestesia am
    • Jarang sekali, mungkin berlaku kegagalan di mana tiub Fallopio terbuka semula, atau penutupan tidak sempurna
    • Pensterilan kadangkala boleh diterbalikkan, walaupun prosedurnya rumit dan jarang berjaya
    • Ia memerlukan penyedia penjagaan kesihatan untuk melakukannya
    • Tidak melindungi daripada jangkitan HIV (AIDS) dan jangkitan seksual (STI) yang lain

    SOALAN LAZIM

      Tidak. Kebanyakan penyelidikan mendapati tiada perubahan besar dalam corak pendarahan selepas pensterilan wanita. Jika seorang wanita menggunakan kaedah berasaskan hormon atau IUD sebelum pensterilan, corak pendarahannya akan kembali seperti sebelum dia menggunakan kaedah ini. Sebagai contoh, wanita yang beralih daripada kontraseptif oral gabungan kepada pensterilan wanita mungkin mendapati pendarahan yang lebih berat kerana pendarahan bulanan mereka kembali kepada corak biasa. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa pendarahan bulanan wanita biasanya menjadi kurang teratur apabila dia menghampiri menopaus.

      Tidak. Selepas pensterilan seorang wanita akan kelihatan dan berasa sama seperti sebelumnya. Dia boleh melakukan hubungan seks seperti sebelumnya. Dia mungkin mendapati bahawa dia lebih menikmati seks kerana dia tidak perlu risau tentang kehamilan.

      Tidak ada justifikasi untuk menafikan pensterilan kepada seorang wanita hanya kerana umurnya, bilangan anak yang masih hidup, atau status perkahwinannya. Setiap wanita mesti dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada dia mahukan lebih ramai anak atau tidak dan sama ada dia mahu melakukan pensterilan atau tidak.

      Pengikatan tiub sangat berkesan untuk mencegah kehamilan dan tujuannya adalah untuk berkekalan. Walau bagaimanapun, ia tidak 100% berkesan. Wanita yang telah disterilkan mempunyai sedikit risiko untuk hamil: Kira-kira 5 daripada setiap 1,000 wanita hamil dalam tempoh setahun selepas prosedur. Risiko kecil kehamilan kekal melebihi tahun pertama dan sehingga wanita itu mencapai menopaus.

      Pensterilan bertujuan untuk kekal. Orang yang mungkin mahukan lebih ramai anak harus memilih kaedah kontraseptif yang berbeza. Pembedahan untuk membalikkan pensterilan hanya boleh dilakukan kepada sesetengah wanita—mereka yang mempunyai tiub fallopio yang masih cukup. Hatta di kalangan wanita ini, pembalikan tidak selalunya membawa kepada kehamilan. Prosedurnya adalah sukar dan mahal, dan penyedia penjagaan kesihatan yang mampu melakukan pembedahan sedemikian sukar ditemui. Apabila kehamilan benar-benar berlaku selepas pembalikan, risiko kehamilan akan menjadi ektopik adalah lebih besar daripada biasa. Oleh itu, pensterilan harus dianggap tidak dapat diterbalikkan.