SOALAN LAZIM

Terlalu malu, terlalu sibuk atau tidak tahu soalan yang betul? Banyak aspek tentang perkara yang perlu anda ketahui seharusnya telah terangkum di halaman ini.

KESEDARAN KESUBURAN

    Ya. Walau bagaimanapun, pasangan mestilah bermotivasi tinggi, terlatih dengan kaedah mereka, dan komited untuk mengelakkan hubungan seks tanpa perlindungan semasa tempoh subur.

    Bilangan hari berbeza-beza berdasarkan panjangnya kitaran haid seseorang wanita. Purata bilangan hari seorang wanita akan dianggap subur dan perlu berpantang atau menggunakan kaedah lain berbeza antara 12 hingga 18 hari bergantung kepada metodologi pengesanan kesedaran kesuburan. Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini, anda mesti menggunakan kaedah kontraseptif lain, seperti kondom, semasa hari-hari subur anda.

    Semasa pendarahan bulanan peluang untuk hamil adalah rendah tetapi bukan sifar. Pendarahan itu sendiri tidak menghalang kehamilan, dan ia juga tidak menggalakkan kehamilan. Dalam beberapa hari pertama pendarahan bulanan, kebarangkalian kehamilan adalah paling rendah. Semakin hari, peluang untuk hamil meningkat, sama ada masih ada pendarahan atau tidak. Risiko kehamilan meningkat sehingga ovulasi. Sehari selepas ovulasi, peluang kehamilan mula menurun secara berterusan. Beberapa kaedah kesedaran kesuburan yang bergantung kepada rembesan serviks menasihatkan untuk mengelak hubungan seks tanpa perlindungan semasa pendarahan bulanan kerana rembesan serviks tidak dapat dikesan semasa pendarahan dan terdapat risiko kecil ovulasi ketika itu.

    Bagi ramai pasangan, kaedah ini memberikan maklumat yang boleh diandal tentang hari subur. Jika pasangan mengelak hubungan seks faraj, atau menggunakan kondom, tudung serviks atau diafragma ketika wanita itu subur, kaedah kesedaran kesuburan adalah berkesan. Penarikan keluar (menggunakan kaedah tarik keluar) atau spermisid semasa tempoh subur adalah kurang berkesan dan tidak digalakkan.

    Memandangkan wanita dan kitaran haid mereka berbeza, ovulasi berbeza-beza bergantung pada panjang kitaran haid anda, yang boleh berkisar antara 21 hari hingga 35 hari.

    Mari kita perhatikan dua contoh:

    Ovulasi berlaku kira-kira 14 hari sebelum haid anda bermula.

    Ini bermakna: jika purata kitaran haid anda contohnya 28 hari, anda mengalami ovulasi sekitar hari ke-14, dan hari paling subur anda ialah hari ke-12, 13 dan 14. Jika purata kitaran haid anda ialah 35 hari, ovulasi berlaku sekitar hari ke-21 dan hari paling subur anda ialah hari 19, 20 dan 21.

    Bagaimana caranya mengira kitaran haid anda? Hari pertama haid anda adalah permulaan kitaran baru, iaitu hari 1.

    LAGI TENTANG
    TAMPALAN KONTRASEPTIF

    KONTRASEPSI MANAKAH YANG SESUAI DENGAN SAYA?